Hetalia Mochi - Ukraine Kemahiran Belajar: GKB 1053 (KEMAHIRAN BERFIKIR)

Thursday, 28 September 2017

GKB 1053 (KEMAHIRAN BERFIKIR)

PRINSIP KEMAHIRAN BERFIKIR 


πŸ’™ Sentiasa bersikap kostektif iaitu mempunyai sikap positif bagi semua jenis kemahiran berfikir dan elakkan dari bersikap negatif.

πŸ’š Berfikir secara perlahan-lahan dan sentiasa berfikir secara mudah.

πŸ’› Melupakan rasa ego, kita perlu mengikis perasaan ego kita jika inginkan setiap kemahiran berfikir yang digunakan itu dapat manfaatnya.

πŸ’œ Tentukan tujuan kita berfikir dan sering bertanyakan diri sendiri tujuan dan apakah hasil yang diharapkan.

πŸ’— Perlu mengambil kira emosi dan perasaan orang lain serta diri sendiri sewaktu berfikir.

❤ Kita perlu memikirkan alternatif lain sebelum kita membuat keputusan yang lebih baik. Setiap idea perlulah dilihat secara global supaya perincian kita tidak lari atau melencong dari skop atau landasan yang sebenar. Setiap pemikiran haruslah diakhiri dengan tindakan yang seharusnya mendatangkan kesan yang baik pada orang lain.


TEORI KEMAHIRAN BERFIKIR 

πŸ‘¨ Robert Sperry
↬ Otak manusia yang menggunakan bahagian kirinya berfikir secara kritis dan bahagian kanannya pula berfikir secara kreatif.
↬ Otak kiri mempunyai kemahiran berfikir dalam bidang berupa logik, analitis urutan atau susunan bahasa fakta, matematik dan ingatan.
↬ Otak kanan mempunyai kemahiran berfikir dalam bidang berupa kreatif, sintesis, warna, reka bentuk di samping perasaan, irama, muzik dan imaginasi.

⇶ Untuk melahirkan pelajar yang sanggup berfikir secara kritis dan kreatif, kedua-dua bahagian otak kanan dan kiri hendaklah dikembangkan.




MODEL KEMAHIRAN BERFIKIR

MODEL KEMAHIRAN BERFIKIR
KEMAHIRAN
BERFIKIR
KEMAHIRAN
BERFIKIR
- menjana idea
- menghubung kait
- membuat inferens
- meram...




ALAT BERFIKIR 

 Penguasaan murid terutama dalam kemahiran berfikir menjadi lebih berkesan melalui penggunaan alat berfikir yang sesuai semasa proses pengajaran dan pembelajaran berjalan.

 Contoh alat berfikir :   
    - pengurusan grafik
    - peta minda
    - alat CoRT


γ€Œpeta mindaγ€ηš„εœ–η‰‡ζœε°‹η΅ζžœ  η›Έι—œεœ–片

 Hal ini dapat membantu murid bagi mengatasi kembali maklumat berkaitan yang boleh digunakan untuk membantu mengabungkan maklumat-maklumat baru.


Jenis-Jenis Pemikiran

πŸ‘€ Pemikiran Konvergen

- Mengikut Guilfort 1976, pemikiran konvergen ialah satu jenis daya berfikir. 

- Beliau melihat pemikiran konvergen sebagai daya berfikir yang membolehkan seseorang menggunakan pengetahuan sedia ada dengan integrasi logik dan susunan demi menghasilkan idea atau jawapan yang lazim.

- Pemikiran konvergen tertumpu ke arah mencari satu jawapan atau satu cara tertentu dikenali sebagai pemikiran tertumpu atau pemikiran berpandu.


πŸ‘€ Pemikiran Divergen

- Dikenali sebagai pemikiran bercapah dan memerlukan seseorang itu berfikir secara kreatif tentang sesuatu maklumat.

- Menurut Davidoff (1976) , pemikiran divergen memerlukan jawapan yang banyak dan pelbagai.

- Individu yang berfikiran divergen dianggap individu yang kreatif.


πŸ‘€ Pemikiran Reflektif 

- Menurut Birchall (1992) pemikiran reflektif memerlukan penggunaan pengalaman-pengalaman sedia ada untuk menimbang kemungkinan-kemungkinan tindakan alternatif yang boleh jaya untuk mencapai objektif penyelesaian masalah serta menetapkan keputusan bagi tindakan seterusnya.

-Wilson J & Wing Jan L (1993) berpendapat pemikiran reflektif adalah berhubung rapat dengan aspek-aspek pemikiran yang lain.


πŸ‘€ Pemikiran Kritis dan Kreatif

- Renungan kembali Refleksi Pemikiran Meta Kognitif

- Berkaitan dengan pengalaman-pengalaman sedia ada



KEPENTINGAN MENGUASAI KEMAHIRAN BERFIKIR DALAM PEMBELAJARAN PELAJAR IPG

Otak memainkan peranan penting supaya proses pemikiran dapat dilaksanakan. Neuron-neuron akan berhubung apabila seseorang mula berfikir. Dari sudut biologinya, kelesuan berfikir akan mengakibatkan kematian neuron-neuron ini kerana bersifat neuropatik iaitu sementara. Menurut Edward (1976) , berfikir membolehkan manusia untuk mencari kaedah penyelesaian terhadap masalahnya. Dalam konteks sebagai seorang pelajar terutamanya bakal guru harus celik tentang kemahiran berfikir ini kerana secara tidak langsung mempamerkan tindak-tanduk mereka. Namun berfikir ini mempunyai limitasi terhadap sesuatu perkara.

Dengan menguasai kemahiran berfikir membolehkan pelajar IPG menganalisis dan mengesahkan sesuatu penyataan dengan berhati-hati seperti dinyatakan oleh Swartz dan Perkins (1990), pemikiran kritis merujuk kepada penilaian dan pengujian kritis. Selain itu, setiap individu dapat berfikir dengan kreatif dan keupayaan berfikir aras tinggi dapat digilap. Disamping itu, dengan adanya kemahiran berfikir ini, setiap individu akan bijak membanding beza setiap tindakan dari pelbagai sudut.

Sekiranya guru pelatih IPG gagal menguasai kemahiran berfikir ini akan menyebabkan mereka mengabaikan obligasi yang digalaskan. Sekadar menjadi guru siap pasang menyebabkan kemahiran berfikir mereka terhad. Oleh itu, mereka akan malas untuk melaksanakan setiap tugasan yang diberikan oleh sebab pemikiran dan kreativiti yang tidak berkembang. Seterusnya, produk atau hasil tugasan hanya sekadar melepaskan batuk di tangga sahaja. Mereka mungkin tidak akan cemerlang dalam peperiksaan juga oleh sebab skima dalam orientasi peperiksaan di Institut pengajian tinggi yang menguji kemahiran berfikir aras tinggi. 






IMPLIKASI KEMAHIRAN BERFIKIR

Menurut Wan Zahid Mohd Nordin (1993) , kepintaran akal tidak menunjukkan seseorang itu mampu berfikir dengan baik sekiranya pelajar tersebut tidak menguasai kemahiran berfikir.

Kemahiran berfikir dapat dikuasai melalui pengajaran pembelajaran yang tersusun dan sistematik di samping mempunyai keazaman untuk memperbaikinya dengan latihan berterusan.

Menurut Fisher (1993) yang memetik pendapat Piaget, setelah menguasai kemahiran berfikir dengan baik, pelajar perlu pula berfikir untuk mencipta sesuatu yang baru.

Kemahiran berfikir penting dalam usaha menangani masalah, membuat keputusan dan mengendalikan maklumat.

Menurut Dewey (1992) , kemahiran berfikir penting bagi membuka minda pelajar memandang jauh ke depan dan berfikir dengan mendalam.

Wilks (1995) dan Fryer (1996) berpendapat bahawa guru memainkan peranan penting dalam usaha meningkatkan kemahiran berfikir dalam kalangan pelajar dengan membuka peluang pemahaman yang bererti kepada pengajaran pembelajaran.

Menurut Willen (1994), tujuan utama pendidikan ialah untuk memperkukuhkan daya fikir seseorang ke tahap maksimum supaya daya fikir seseorang itu agar lebih inovatif, kreatif dan imaginatif.


Kesimpulan

Tuntasnya, kemahiran tersebut membantu bakal untuk berjaya dalam pengajian mereka selain daripada tugas untuk menuntut ilmu. Banyak kepentingan yang akan diperoleh jika guru pelatih berusaha untuk menguasai kemahiran tersebut. Kemahiran tersebut bukan sahaja digunakan dalam menuntut ilmu malah kemahiran itu akan digunakan dalam kehidupan seharian bagi seorang individu yang bergelar guru kelak. Kemahiran ini juga membantu guru pelatih dalam menghadapi cabaran dalam menuntut ilmu dan halangan dalam hidup mereka. Kemahiran ini secara tidak langsung membolehkan guru pelatih untuk memperoleh pekerjaan yang didam-idamkan selama ini. Oleh itu, guru pelatih perlulah menguasai setiap kemahiran yang ada bagi menjamin kejayaan mereka pada masa hadapan.

No comments:

Post a Comment