Hetalia Mochi - Ukraine Kemahiran Belajar: GKB 1053 (KEMAHIRAN BERFIKIR)

Thursday, 28 September 2017

GKB 1053 (KEMAHIRAN BERFIKIR)

Menurut Sabri Samad (2003), kemahiran belajar ialah prinsip, teori umum dan kaedah tertentu dapat melipatgandakan keberkesanan belajar. Manakala berdasarkan Modul OUM HBML (2003,2009), kemahiran belajar merupakan kaedah sistematik dan teratur untuk memperoleh dan memproses maklumat. Oleh itu, bakal guru perlu mempunyai dan menguasai kemahiran-kemahiran yang membantu mereka membina jati diri mereka sendiri seperti :



   KEMAHIRAN BERFIKIR 

「otak berfikir」的圖片搜尋結果

            Selain daripada bernafas, berfikir boleh dikatakan sebagai aktiviti yang paling biasa dilakukan oleh manusia. Kita makan, tidur, berjalan dan bercakap hanya pada masa-masa tertentu. Akan tetapi, selagi kita berada dalam keadaan yang sedar, kita tidak berhenti berfikir. 

Kebolehan berfikir secara abstrak 
- mempunyai dan menjana idea-idea
- membezakan manusia daripada makhluk yang lain


Pengertian berfikir

➼ Proses membina ilmu dan kefahaman yang melibatkan aktiviti mental dalam otak manusia.

➼ Proses menggunakan minda sama ada untuk mencari makna, pemahaman terhadap sesuatu, membuat pertimbangan dan keputusan atau menyelesaikan masalah diikuti dengan melakukan refleksi dan metakognitif.


Konsep berfikir 

Penguin Dictionary of Psychology (2001)
➚  Berfikir merupakan manipulasi kognitif atau mental secara terlindung dengan idea, imej, simbol, perkataan, pernyataan, memori konsep, persepsi, percayaan atau kehendak.

Edward de Bono (1976)
➚  Kemahiran berfikir ini membolehkan manusia melihat pelbagai perspektif untuk menyelesaikan masalah dalam sesuatu situasi tertentu.

Dewey (1910) 
➚ Pemikiran yang dihasilkan adalah kerana terdapat situasi keraguan atau masalah tertimbul. Pemikiran merupakan aktiviti psikologikal dalam sesuatu proses yang didalami untuk digunakan menyelesaikan masalah dalam situasi yang dihadapi.


                                                                                                           Proses Berfikir
PROSES BERFIKIR
Minda Mencari
(makna)
Memahami
(sesuatu yang
dicari)
Menerokai
(kemungkinan,
idea,ciptaan)
Keputusan
(meny...

➭ Berfikir melibatkan pengendalian operasi mental tertentu dalam minda seseorang. Operasi terbahagi kepada 2 jenis iaitu :

(a) Operasi Kognitif
↪ adalah kemahiran berfikir yang sering kita gunakan setiap hari, seperti mengelas, membanding, membuat urutan dan lain-lain.

(b) Operasi Meta kognitif
 ↪ merupakan operasi yang mengarah dan mengawal kemahiran  dalam proses kognitif iaitu memandu dan membimbing segala  aktiviti pemikiran manusia di antara                                                                                                          komponen-komponen berfikir.

Kemahiran berfikir
➣ Kecekapan menggunakan akal menjalankan proses pemikiran.
➣ Seseorang yang memperolehi kemahiran berfikir sanggup dan cekap dalam menyusun maklumat, konsep atau idea secara yang teratur dan membuat kesimpulan atau keputusan yang tepat untuk tindakan yang terarah dan sewajarnya.


Definisi Kemahiran Berfikir

⦽ Menurut Beyer (1988), definisi kemahiran berfikir merupakan proses menghakimi nilai, ketulenan dan ketepatan sesuatu pengetahuan.

⦽ Presseisen (1987) mengandaikan pemikiran sebagai aktiviti mental di mana pengetahuan diperoleh dan diolah melalui proses penaakulan.
⦽ Ruggerio (1988) berpendapat bahawa proses pemikiran mesti ada tujuan / maklamat dan individu mempunyai keupayaan mengawal proses berkenaan.

⦽ Chaffee (1998) mendefinisikan pemikiran sebagai aktiviti mental yang mempunyai tujuan dan tersusun serta melibatkan individu meneliti pemikiran sendiri dan pemikiran orang lain.


Konsep Kemahiran Berfikir 

😀Kelebihan manusia adalah kerana manusia dikurniakan akal.
😃 Dengan penggunaan akal yang bijak manusia dapat membuat :
     ↬ Proses Penaakulan
          ⏯ Memberikan sebab / alasan kenapa sesuatu itu balik.
     ↬ Membentuk konsep
     ↬ Memahami fenomena yang diperhatikan
          ⏯ Hasil daripada pemerhatian keadaan yang berlaku di sekeliling kita.
😄 Seseorang yang bijak akan menggunakan akal dan hati untuk menghasilkan idea yang bernas.
😏 Banyak ayat al- Quran dan hadis yang mengajak manusia untuk berfikir.
😝 Ahli bijak pandai juga amat menekankan konsep berfikir.


「fikir」的圖片搜尋結果

No comments:

Post a Comment